MADRASAH AL HIDAYAH TAHFIZ SAINS DAN TEKNOLOGI SUNGAI DUA SEDANG DALAM PEMBINAAN, MEMERLUKAN DANA RM4 JUTA
Lakaran bangunan Madrasah Al-Hidayah Tahfiz Sains dan Teknologi, Sungai Dua (MADINAH)
Madrasah Al-Hidayah Tahfiz Sains dan Teknologi (MADINAH) sedang dibina di Sungai Dua.
Pembinaan madrasah ini adalah satu lagi usaha untuk memperbanyakkan pusat pendidikan beraliran sains berteraskan ajaran Islam.
Generasi muda yang berilmu tinggi terutamanya dalam bidang sains dan teknologi adalah amat diperlukan bagi membangunkan umah di masa kini dan masa hadapan.
Biarpun penyediaan tenaga kerja untuk bidang sains dan teknologi banyak diberi keutamaan di semua sekolah namun isu keruntuhan akhlak pelajar sangat membimbangkan.
Lakaran bangunan Madrasah Al-Hidayah Tahfiz Sains dan Teknologi, Sungai Dua (MADINAH).
Justeru itu, dengan pembinaan satu lagi Madrasah Al-Hidayah Tahfiz Sains dan Teknologi (MADINAH) ini bakal membentuk pelajar yang cemerlang seiring dengan berpengetahuan luas dan berakhlak seperti yang ditekankan dalam Islam.
Ayuh bersama membantu merealisasikan pembinaan Madrasah Al-Hidayah Tahfiz Sains dan Teknologi (MADINAH) ini dengan segera! Jangan biarkan menginfak harta ke jalan Allah ini dibiarkan begitu sahaja. Jadikan harta anda sebagai asbab membina nikmat di masa hadapan.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan, sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai dan harta yang disedekahkannya.” (Riwayat Ibn Majah)
Lakaran bangunan Madrasah Al-Hidayah Tahfiz Sains dan Teknologi, Sungai Dua (MADINAH)