Janji Allah pada mereka yng bersedekah dalam bulan Ramadan
Yakinlah, janji Allah itu pasti bagi mereka yang memperbanyakkan sedekah dibulan Ramadan.
Perkara ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari maksudnya:
“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Lakaran bangunan Madrasah Al-Hidayah Tahfiz Sains dan Teknologi, Sungai Dua (MADINAH)
MADRASAH AL HIDAYAH TAHFIZ SAINS DAN TEKNOLOGI SUNGAI DUA SEDANG DALAM PEMBINAAN, MEMERLUKAN DANA RM4 JUTA
Madrasah Al-Hidayah Tahfiz Sains dan Teknologi (MADINAH) sedang dibina di Sungai Dua. Pembinaan madrasah ini adalah satu lagi usaha untuk memperbanyakkan pusat pendidikan beraliran sains berteraskan ajaran Islam.
Generasi muda yang berilmu tinggi terutamanya dalam bidang sains dan teknologi adalah amat diperlukan bagi membangunkan umah di masa kini dan masa hadapan.
Biarpun penyediaan tenaga kerja untuk bidang sains dan teknologi banyak diberi keutamaan di semua sekolah namun isu keruntuhan akhlak pelajar sangat membimbangkan.
Lakaran bangunan Madrasah Al-Hidayah Tahfiz Sains dan Teknologi, Sungai Dua (MADINAH).
Justeru itu, dengan pembinaan satu lagi Madrasah Al-Hidayah Tahfiz Sains dan Teknologi (MADINAH) ini bakal membentuk pelajar yang cemerlang seiring dengan berpengetahuan luas dan berakhlak seperti yang ditekankan dalam Islam.
Ayuh bersama membantu merealisasikan pembinaan Madrasah Al-Hidayah Tahfiz Sains dan Teknologi (MADINAH) ini dengan segera! Jangan biarkan menginfak harta ke jalan Allah ini dibiarkan begitu sahaja. Jadikan harta anda sebagai asbab membina nikmat di masa hadapan.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan, sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai dan harta yang disedekahkannya.” -(Riwayat Ibn Majah)-
Lakaran bangunan Madrasah Al-Hidayah Tahfiz Sains dan Teknologi, Sungai Dua (MADINAH)