Headline :
Jaminan Pendidikan Pelajar : Madrasah Al-Aminiah Bertam Tahfiz Vokasional (MACB-TV) Perlu RM5 Juta Beli Bangunan
Ayat 1 :
"Madrasah Al Aminiah Bertam telah menjadi mercu tanda pendidikan agama dan tahfiz di komuniti kita sejak tahun 2016. Namun, kita kini berhadapan dengan keperluan mendesak untuk memiliki bangunan sendiri. Kami memerlukan sokongan dan infak besar-besaran dari orang ramai untuk menjadikan impian ini kenyataan." - Wakil MACB-TV
Ayat 2 :
Kami telah menyewa bangunan ini selama bertahun-tahun, dan ini bermakna ribuan ringgit telah dikeluarkan untuk membayar sewa setiap tahun.
Dengan membeli bangunan sendiri, kami yakin boleh menggunakan lebihan sumber ini untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan kemudahan di madrasah.
Ayat 3 :
Madrasah ini adalah tempat di mana generasi masa depan dapat belajar nilai-nilai agama dan akademik demi memenuhi keperluan peluang kerjaya di masa hadapan. Dengan memiliki bangunan sendiri, bersama kita boleh memastikan pendidikan agama yang berkualiti akan terus terhidang untuk anak-anak kita.
Ayat 4 :
Apakah yang telah MACB-TV telah lakukan untuk masyarakat khususnya kepada pelajar?
- Memberi pendidikan secara percuma kepada pelajar asnaf dan fakir sepanjang pengajian mereka di sini
- Lebih 350 pelajar telah berpeluang mendapat pendidikan yang berlandaskan Islamik dan akademik ketika berumur 4 hingga 17 tahun
- Pelajar didedahkan dengan kemahiran - vokasional yang mempunyai potensi tinggi mendapat kerja selepas tamat pengajian
Ayat :
RM5 juta hasil infak, sedekah dan wakaf kita semua akan digunakan untuk :
- Membeli bangunan berjumlah 9 lot yang kini masih disewa MACB-TV
- Memperbaiki fasiliti yang rosak seperti surau yang sering bocor dan berbau kerana karpet berkulat
- Menambah fasiliti baharu seperti makmal, dan bengkel amali
Ayat 4 :
MACB-TV adalah sebuah "ONE STOP ISLAMIC EDUCATION CENTRE" yang memberi ruang dan peluang kepada ibu bapa dan pelajar memilih ilmu agama dan akademik ketika menghadapi zaman persekolahan.
Bagaimanapun madrasah ini masih membayar sewa bangunan untuk memastikan operasinya dapat diteruskan sejak 2016 lalu.
Ayat 2 :
PEMBELIAN BANGUNAN MADRASAH AL AMINIAH BERTAM TAHFIZ VOKASIONAL (MACB-TV)
Mohon Sumbangan Orang Ramai Mengumpul Dana RM5 Juta Membeli Bangunan Lot Kedai Yang Masih DiSewa Dengan Jumlah Pelajar 350 Orang Murid/Pelajar

Bangunan MACB-TV yang masih disewa dan melahirkan ramai huffaz yang berkemahiran
Madrasah Al-Aminiah Tahfiz Vokasional, Bertam Tahfiz Vokasional (MACB-TV) mempunyai 350 orang pelajar yang terdiri daripada anak-anak daripada seluruh Malaysia, dan juga anak-anak daripada asnaf, serta fakir miskin yang ditaja penuh oleh pihak pengurusan MACB-TV.
Bangunan MACB-TV ini telah disewa sejak tahun 2016 dengan 9 lot bangunan bagi melahirkan huffaz yang berkemahiran dan akan berkhidmat kepada umat pada masa hadapan.
Bantu MACB-TV dengan infak, sedekah dan wakaf dari tuan-tuan supaya bangunan yang disewa ini menjadi milik umat Islam.
Usaha melahirkan para huffaz yang profesional melalui infak, sedekah dan wakaf dari tuan-tuan akan menjadi asbab kebaikan buat umat.
Semoga infak, sedekah dan wakaf tuan-tuan dicatat Allah sebagai pahala tertinggi dan dilipat gandakan. Berkat infak tuan-tuan membantu melahirkan para muhaffiz yang memberi manfaat kepada umat Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia.
Pelajar yang mengambil jurusan pengajian elektrik juga dilatih menggunakan dan mengendalikan mesin-mesin dan peralatan seperti dalam industri.
Pelajar perempuan MACB-TV sedang gigih mempelajari dan mempratikkan ilmu pertukangan dengan mencipta perabut.
Justeru itu, pihak MACB-TV memohon orang ramai untuk mengambil kesempatan ketika sihat dan masih bernyawa di dunia ini bersama menginfak, dan bersedekah untuk membeli seluruh bangunan kedai demi masa depan anak-anak di situ.
Dana RM5 juta itu juga akan digunakan untuk membaikpulih semua bangunan dan fasiliti lot kedai yang rosak supaya dapat dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti untuk pelajar. Malah akan memberi lebih banyak peluang kepada anak-anak mendapat pendidikan di situ.
Keadaan bumbung dan siling yang bocor juga menyebabkan lantai licin dan membahayakan pelajar apabila air membasahi lantai. Keadaan sebegini menyebabkan pelajar tidak selesa menunaikan solat jemaah dan melakukan aktiviti dalam surau ini.
Terpaksa menadah air hujan yang masuk ke dalam surau ketika hujan lebat dengan menggunakan baldi.
Ayuh sumbanglah sekarang walaupun serendah RM30 sahaja.
“Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan kikir, takut menjadi fakir dan berangan-angan jadi orang kaya. Maka janganlah kamu menundanya hingga tiba nyawamu berada di halkum. Lalu kamu berkata, yang ini milik si polan dan yang itu milik si polan. Padahal harta itu sudah menjadi milik si polan (ahli warisnya).” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)