Usaha Pemilikan Bangunan Madrasah Al Aminiah Bertam Tahfiz Vokasional


Jadikan amalan bersedekah sebagai amalan harian. Bersedekah mampu menghindarkan diri dari malapetaka, bencana dan kesusahan.



Bangunan madrasah yang masih disewa dan melahirkan ramai huffaz yang berkemahiran


Madrasah Al-Aminiah Tahfiz Vokasional, Bertam Tahfiz Vokasional mempunyai 350 orang pelajar yang terdiri daripada anak-anak daripada seluruh Malaysia, dan juga anak-anak daripada asnaf, serta fakir miskin yang ditaja penuh oleh pihak pengurusan madrasah.

Bangunan ini telah disewa sejak tahun 2016 dengan 9 lot bangunan bagi melahirkan huffaz yang berkemahiran dan akan berkhidmat kepada umat pada masa hadapan.

Bantu kami dengan infak, sedekah dan wakaf dari tuan-tuan supaya bangunan yang disewa ini menjadi milik umat Islam.

Usaha melahirkan para huffaz yang profesional melalui infak, sedekah dan wakaf dari tuan-tuan akan menjadi asbab kebaikan buat umat.

Semoga infak, sedekah dan wakaf tuan-tuan dicatat Allah sebagai pahala tertinggi dan dilipat gandakan. Berkat infak tuan-tuan membantu melahirkan para muhaffiz yang memberi manfaat kepada umat Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia.



Pelajar yang mengambil jurusan pengajian elektrik juga dilatih menggunakan dan mengendalikan mesin-mesin dan peralatan seperti dalam industri.



Pelajar perempuan Madrasah Al-Aminiah Tahfiz Vokasional sedang gigih mempelajari dan mempratikkan ilmu pertukangan dengan mencipta perabut.

Justeru itu, pihak madrasah memohon orang ramai untuk mengambil kesempatan ketika sihat dan masih bernyawa di dunia ini bersama menginfak, dan bersedekah untuk membeli seluruh bangunan kedai demi masa depan anak-anak di situ.

Dana yang diinfak juga akan digunakan untuk membaikpulih semua bangunan dan fasiliti lot kedai yang rosak supaya dapat dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti untuk pelajar. Malah akan memberi lebih banyak peluang kepada anak-anak mendapat pendidikan di situ.

Keadaan bumbung dan siling yang bocor juga menyebabkan lantai licin dan membahayakan pelajar apabila air membasahi lantai. Keadaan sebegini menyebabkan pelajar tidak selesa menunaikan solat jemaah dan melakukan aktiviti dalam surau ini.



Terpaksa menadah air hujan yang masuk ke dalam surau ketika hujan lebat dengan menggunakan baldi.

Ayuh sumbanglah sekarang walaupun serendah RM10 sahaja.

“Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan kikir, takut menjadi fakir dan berangan-angan jadi orang kaya. Maka janganlah kamu menundanya hingga tiba nyawamu berada di halkum. Lalu kamu berkata, yang ini milik si polan dan yang itu milik si polan. Padahal harta itu sudah menjadi milik si polan (ahli warisnya).” 
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)





Kutipan Semasa Borang

RM {nilai_semasa}

Sasaran Kutipan Borang

RM {nilai_sasaran}

0%


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
DANA PEMBELIAN BANGUNAN AL AMINIAH 2 - RM500
DANA PEMBELIAN BANGUNAN AL AMINIAH 3 - RM250
DANA PEMBELIAN BANGUNAN AL AMINIAH 4 - RM100
DANA PEMBELIAN BANGUNAN AL AMINIAH 5 - RM50
DANA PEMBELIAN BANGUNAN AL AMINIAH 6 - RM30
DANA PEMBELIAN BANGUNAN AL AMINIAH 7 - RM20
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN